Munirah Hazam


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.





Siapa Saya?

Nama saya Siti Munirah Mohd Hazam. Nama di alam maya adalah Munirah Hazam. Berasal dari Terengganu tetapi menetap sepenuhnya di Kedah. Saya mempunyai empat orang anak teruna yang berusia 6,5,2 dan 1 tahun. Iman, Amal, Awal dan Amin. Masing masing dilahirkan di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Biasalah, ambil kesempatan untuk berpantang di rumah mak sendiri sementara ada peluang kan. Bila perut hampir tarikhnya, saya bergegas merentasi hutan gerik untuk pulang ke kampuang. Sangat la gigih kan.Cuma yang ke 4 sahaja tak kesampaian nak merentasi Banjaran Titiwangsa.


Pendidikan

Saya menerima Pendidikan awal di Taski Abim di Jertih Terengganu. Kemudian bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh Setiu sehingga tamat pengajian darjah 6. Dengan keputusan UPSR seperti yang cikgu jangkakan, saya meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Batu Burok sehingga tingkatan 3. Untuk tingkatan 4, saya meneruskan pembelajaran di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang. Masih lagi berkisar di Terengganu. Kemudian saya ke Matrix Kuala Pilah dan seterusnya ke Universiti Teknologi Malaysia untuk peringkat ijazah.


Kerjaya

Saya seorang surirumah sepenuh masa yang berbisnes secara full time. Sebelum bekerja sendiri, saya pernah mempunyai pengalaman sebagai Analyst Programmer, Software Engineer dan System Analyst hampir 8 tahun. Tetapi atas dasar ingin bekerja sendiri dan ingin meluangkan masa bersama keluarga, saya beranikan diri terjebak dalam bisnes.


Ke Kedah la kita.

Migrasi ke kedah adalah perkara yang saya tak pernah fikirkan. Selepas tamat belajar, saya merantau mencari kerja di Pahang dan juga Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, saya memang tak ada kawan orang kedah sehinggalah saya bersuai kenal dengan suami saya. Perkenalan saya dengan suami tak menanti tahun, tak sampai setahun terus saya sah bergelar seorang isteri. Selepas bergelar isteri, kesihatan ayah mertua tidak mengizinkan telah membawa kami pertimbangkan penghijrahan ke Kedah. Lagipun terasa penatnya travel KL-Terengganu dan KL-Kedah.

Alhamdulillah, sudah  7 tahun saya berada di bumi Kedah.


Misi Blog 

Blog ini adalah blog peribadi saya untuk berkongsi ilmu, berkongsi rasa, berkongsi apa yang telah saya tahu dan apa yang telah saya lalui terutama topik berkisar 'Kehidupan, Anak-anak saya dan Kesihatan. Perkongsian ini saja saya letakkan dalam blog supaya mudah untuk saya rujuk kembali. Tidak berbaur politik, caci maki atau mengaibkan sesiapa.


Selamat datang ke blog saya dan Happy Reading!


Salam sayang,
Munirah Hazam


"Never Ask Why"

0 Response to "Munirah Hazam"

Post a Comment